SAFMA Hentikan Sementara Operasi Kapal, Pemunggahan Hasil Laut Selama Tujuh Hari

SAFMA Hentikan Sementara Operasi Kapal, Pemunggahan Hasil Laut Selama Tujuh Hari

0
SHARE
Safma
Notis pemberhentian sementara operasi kapal dan pemunggahan hasil laut selama tujuh hari ( Sumber Foto: Ihsan SAFMA )

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA) akan menghentikan sementara operasi kapal dan pemunggahan hasil laut selama tujuh hari bermula 24 hingga 30 Jun bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penaiktarafan premis SAFMA.

Pengurus Besar SAFMA, Syed Mohd Hamizan Roslan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan berkata usaha terbabit merupakan langkah mandatori daripada pihaknya.

“Ini demi memastikan kesejahteraan dan keselesaan pengguna premis dan fasiliti SAFMA di masa hadapan.

“Untuk sementara waktu, operasi kapal dan pemunggahan hasil laut akan berpindah ke kawasan Sepanggar.

“Segala kesulitan yang dialami oleh semua sepanjang tempoh proses ini amatlah dikesali,” katanya.