Saringan Kontak Rapat Masih Sumbangkan Kes Harian Sabah Tinggi Hari Ini Sebanyak...

Saringan Kontak Rapat Masih Sumbangkan Kes Harian Sabah Tinggi Hari Ini Sebanyak 1,247 Kes

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Walaupun terdapat sedikit penurunan di beberapa daerah ‘panas’ termasuk Kota Kinabalu dan Tuaran, jumlah kes baharu harian positif COVID-19 bagi Sabah kekal tinggi dengan 1,247 KES dilaporkan pada hari ini.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata daerah Kota Kinabalu masih mencatat bilangan kes baharu yang tertinggi iaitu 310 kes diikuti dengan Tawau, 206, dan Penampang 127.

Daerah Tongod adalah satu-satunya daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

“Di Kota Kinabalu, walaupun saringan kontak rapat menyumbang 61 peratus daripada kes di daerah tersebut, peratusan kes melalui saringan bergejala (sporadik) juga tinggi, yakni 32 peratus..

“Peratusan dalam kategori saringan bergejala juga tinggi di Tuaran, iaitu 32 peratus dan di Penampang, 25 peratus.

“Manakala di Tawau, kategori kontak rapat menyumbang 142 kes (69 peratus) daripada 206 kes baharu di daerah tersebut hari ini,” jelasnya.

Tambahnya, secara keseluruhan 62 peratus atau 770 daripada kes di Sabah hari ini adalah kontak rapat, 24 peratus, atau 295 kes dariapda kategori bergejala dan 7 peratus 87 kes daripada kluster sedia ada.

“Lima (5) pesakit dalam kategori 4 dan dua (2) orang dalam kategori 5 (kes jangkitan serius),” kata Masidi.

Rumusan pecahan kes baharu harian positif COVID-19 mengikut daerah adalah seperti berikut:

Kota Kinabalu – 310
Tawau -206
Penampang – 127
Tuaran – 91
Sipitang – 70
Putatan – 55
Sandakan – 52
Beaufort – 49
Kota Belud – 48
Keningau – 46
Papar – 45
Telupid – 36
Kinabatangan – 28
Tenom – 13
Kunak – 11
Semporna – 10
Beluran – 10
Nabawan – 8
Kalabakan – 8
Kudat – 8
Lahad Datu – 5
Kota Marudu – 4
Kuala Penyu – 2
Ranau – 2
Pitas – 2
Tambunan – 1
Tongod – 0