Satu Lagi PPV Dibuka Di DUN Lamag

Satu Lagi PPV Dibuka Di DUN Lamag

0
SHARE

KINABATANGAN, SABAH – Satu lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah ini khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag telah dibuka.

PPV tersebut bertempat di dewan masyarakat Kampung Danau Ria bagi pemberian vaksin Dos 1 dan 2.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan Lamag, Abu Bakar Gapar berkata pembukaan PPV tersebut adalah yang keempat dibuka selepas Kampung Balat, Sangau dan Berjaya 1.

Menurut beliau pembukaan PPV tersebut selaras dengan Program Jangkauan Luar ke Luar Bandar bagi memmastikan penduduk luar bandar khususnya di kawasan Lamag dapat menerima vaksin.

“Kita mensasarkan penduduk di kawasan ini mendapat suntikan vaksin Covid-19 mereka tanpa perlu bergerak ke pusat-pusat PPV di kawasan bandar dan ini memberikan sedikit kemudahan bagi mereka,” katanya selepas menijau PPV di kampung Danau Ria dekat sini kelmarin.

Abu Bakar berbincang dengan para petugas semasa meninjau PPV di kampung Danau Ria…

Pada program tersebut seramai 318 orang penduduk menerima Vaksin bagi dos ke 2.

Abu Bakar berkata, sambutan masyarakat di kawasan ini untuk memperolehi vaksin amat menggalakkan ekoran kempen serta penerangan beteruskan yang dilakukan oleh Pemimpin masyarakat tempatan dan juga Unit Pemimpin Pembanguan Masyarakat (UPPM) di kawasan tersebut.

Abu Bakar melakukan pemeriksaan tekanan darah semasa meninjau PPV di kampung Danau Ria….

“Adun Lamag Datuk Seri Bung Moktar Radin komited untuk memmastikan rakyat khsususnya di kawasan Lamag menerima Vaksin dan turut turun padang bagi memberikan penjelasan kepada penduduk tentang kebaikan Vaksin disamping meninjau PPV di kampung Tanjung Aru, Balat dan Sangau minggu lepas…

“Pertambahan PPV di kawasan Kinabatangan adalah insiatif beliau bagi memberikan kemudahan kepada orang ramai di kawasan ini untuk menerima vaksin,” katanya.