Seorang Lelaki Terselamat Dalam Satu Kemalangan Di Kota Kinabalu

Seorang Lelaki Terselamat Dalam Satu Kemalangan Di Kota Kinabalu

0
SHARE
Sumber Foto: Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji...

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki terselamat dalam satu kemalangan yang berlaku sekitar pukul 7.30 pagi tadi berhampiran Jalan Penempatan berhampiran Dewan Foo Chow, Luyang.

Menurut sumber, lelaki berusia 23 tahun itu sedang memandu dari arah City Mall menghala ke Beverly Hill sebelum terbabas sendiri kerana terlanggar takungan air yang ada di atas jalan.

Insiden itu menyebabkan dia terbabas ke tengah jalan dan melanggar pokok dan tiang elektrik.

Sumber Foto: Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji…

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji ketika dihubungi pengaman media memaklumkan mangsa mengalami kecederaan ringan dan kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di hospital berdekatan.

Dalam pada yang sama, ACP Habibi turut menasihati orang awam untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu terutamanya dalam cuaca hujan ketika ini.