Seorang Wanita Maut Dalam Kemalangan Melibatkan 3 Kenderaan Di Jalan Apas Tawau

Seorang Wanita Maut Dalam Kemalangan Melibatkan 3 Kenderaan Di Jalan Apas Tawau

0
SHARE

TAWAU, SABAH – Seorang wanita maut dalam kemalangan melibatkan tiga (3) kenderaan di Jalan Apas Tawau dekat Kampung Nasip Kita di sini, tengah hari tadi.

Noor Aqila Ibrahim, 27, merupakan penumpang dalam kenderaan Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki, Wan Ramzi Wan Omar, juga berumur 27 tahun dan mengalami patah kaki sebelah kiri akibat kemalangan itu.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah melaporkan panggilan kecemasan diterima Balai Bomba dan Penyelamat Tawau pada jam 1.57 tengah hari.

Kenderaan Proton Saga yang terlibat dalam kemalangan…

“Dalam sebuah kenderaan Proton Saga, dua (2) orang lelaki, Kuhan Neelamegan, 29, mengalami pendarahan dalaman dan Al Hafiz Mohd Basir, 26, cedera parah…

“Seorang lagi lelaki 29 tahun dan perempuan 30 tahun yang menaiki kereta sama hanya cedera lebam pada kaki kiri mereka.

“Seorang lagi pemandu kenderaan Toyota Vios, seorang lelaki berumur 61 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Menurut PGO, mangsa telah disahkan meninggal dunia dilokasi oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Seorang mangsa diusung masuk ke dalam kenderaan Ambulans…

“Semua mangsa mengalami kecederaan telah mendapatkan rawatan awal oleh pasukan EMRS dilokasi kejadian dan dihantar ke Hospital menggunakan Ambulans dan Jentera EMRS bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 3.44 petang.