KOTA KINABALU, SABAH – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) membayar dividen RM17.243 juta bagi tahun 2021 kepada kerajaan negeri, hari ini.
Dividen tersebut disampaikan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor oleh Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar di Menara Kinabalu.
SESB turut menyumbang RM200,000 kepada Tabung Pendidikan Negeri yang diterima oleh
Pengarah Yayasan Sabah Datuk Gulam Haidar Khan Bahadar.





