SIAPA BAKAL TYT SABAH YANG BAHARU?

SIAPA BAKAL TYT SABAH YANG BAHARU?

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka akan mengumumkan siapa Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah

Spekulasi sama ada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin akan digantikan atau kekal bakal diketahui selepas Yang di-Pertuan Agong mengurniakan watikah surat cara pelantikan di Istana Negara, petang ini.

Difahamkan, beberapa nama tersenarai sebagai bakal pengganti jawatan ketua negeri Sabah itu jika Tun Juhar, 65, yang memegang jawatan itu sejak 1 Januari 2011 tidak menyambung perkhidmatannya bagi penggal keempat.

Antara nama yang disebut-sebut berpotensi menggantikan Tun Juhar ialah bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan

Tun Juhar dilantik Yang di-Pertua Negeri Sabah pada Januari 2011, yang sepatutnya berakhir selepas dua penggal (lapan tahun). Bagaimanapun, beliau dilantik semula ke jawatan itu pada 2018 selepas kerajaan Warisan membuat pindaan terhadap Perlembagaan Negeri berhubung tempoh penggal perkhidmatan TYT.

Sebelum 2018, seorang TYT bagi negeri Sabah hanya dibolehkan berkhidmat sehingga dua penggal atau lapan tahun, namun dengan pindaan terhadap Perlembagaan Negeri, tiada lagi had tempoh perkhidmatan ditetapkan.