SIRI 1: MENJAWAB SOALAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH SHAFIE APDAL DI PARLIMEN

SIRI 1: MENJAWAB SOALAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH SHAFIE APDAL DI PARLIMEN

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Saya akan bagi jawapan secara ringkas dengan ayat yang mudah difahami agar seluruh rakyat Sabah semakin mengenali Shafie Apdal sememangnya seorang pemimpin yang hipokrit.

“CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN”, Shafie Apdal telah membangkitkan soalan di dalam Parlimen mengenai tiga (3) perkara kepada asas utama negara ini, yang PERTAMA iaitu Yang Dipertuan Agong, KEDUA Parlimen dan KETIGA Eksekutif.

Shafie mencelah mengemukakan soalan ini semasa usul menukar Speaker di Dewan Rakyat kelmarin.

Shafie dengan bangganya turut memuat turut hantaran video ke laman sosial Facebook rasmi miliknya.

Saya melihat Shafie Apdal sekali lagi cuba tunjuk ‘HERO’ secara membabi buta, mungkin disebabkan barisan kepimpinan Parti Warisan turut hadir bersama Shafie di Parlimen.

PERTAMA sekali Shafie berkata, asas utama negara ini adalah Agong, persoalannya kalau betul Shafie amat menjunjung kasih dan taat setia kepada DYMM Yang di- Pertuan Agong, kenapa semasa DYMM memanggil kesemua Ahli Parlimen menghadap bagi mendengar calon pilihan Perdana Menteri ke-8 pilihan mereka pada 26 Feb 2020, Shafie hanya menghantar wakilnya untuk menghadap Baginda.

Pegawai Istana mengesahkan telah menolak Setiausaha Sulit Kanan kepada Shafie untuk menghadap DYMM Yang di-Pertuan Agong…(Foto ihsan FMT)
Kenyataan Pegawai Istana mengesahkan telah menolak Setiausaha Sulit Kanan kepada Shafie untuk menghadap DYMM Yang di-Pertuan Agong…(Foto ihsan FMT)
Kenyataan Pegawai Istana mengesahkan telah menolak Setiausaha Sulit Kanan kepada Shafie untuk menghadap DYMM Yang di-Pertuan Agong…(Foto ihsan FMT)

Selepas wakil tersebut ditolak barulah Shafie menaiki Jet peribadi dari Sabah untuk menghadap DYMM.

Yang KEDUA, semasa PKP dikuatkuasakan Yang di-Pertuan Agong telah berkenan meluluskan peraturan seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengannya tetapi Shafie telah ingkar arahan tersebut walaupun akhirnya membenarkan Sabah turut mengikuti peraturan tersebut.

Sabah akhirnya turut mengikuti peraturan yang telah dikuatkuasakan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengannya ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu…

Sekiranya Yang Di-Pertuan Agong mesti dihormati, asas utama di Sabah pula adalah Yang Di Pertua Negeri Sabah (TYT), Shafie sebenarnya secara jelas telah merosakkan sistem kebebasan dari mencampuri urusan politik ke atas jawatan TYT di Sabah, apabila telah bekerjasama untuk melewat-lewatkan majlis mengangkat sumpah Tan Sri Musa Aman dan memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Istana Negeri Sabah untuk ‘melompat Parti’ kepada Parti Warisan sehingga Shafie dipilih menjadi Ketua Menteri selepas Musa.

Beberapa orang ADUN BN semasa menyatakan persetujuan mereka memilih Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah…
Beberapa orang ADUN BN semasa menyatakan persetujuan mereka memilih Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah…
Beberapa orang ADUN BN semasa menyatakan persetujuan mereka memilih Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah…

Shafie turut membangkitkan asas seterusnya kepada Parlimen dan Eksekutif, sepatutnya perkara yang sama turut berlaku di Sabah iaitu mentaati keluhuran perlembagaan yang sedia ada, sebaliknya apa yang berlaku wujudnya dua (2) Ketua Menteri kerana pencabulan perlembagaan sehingga kini menimbulkan pertikaian di Mahkamah.

Perlembagaan di Sabah memperuntukkan TYT hanya mempunyai kuasa melantik Ketua Menteri dan tidak ada kuasa untuk memecat kecuali melalui undi tidak percaya yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau meletak jawatan secara sukarela.

Secara sah (mengikut kuasa majoriti awal) selepas PRU ke-14, Tan Sri Musa Hj. Aman telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah pada 10 Mei 2018 pada jam 11.05 minit malam di hadapan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Keputusan-PRU14-Sabah…
Tan Sri Musa Hj. Aman telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah pada 10 Mei 2018 pada jam 11.05 malam di hadapan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin…

Namun selepas dua (2) hari, Shafie turut mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri di hadapan orang yang sama, TYT Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah selang beberapa hari selepas Musa mengangkat sumpah jawatan yang sama dan di dihadapan orang yang sama, TYT Sabah Tun Juhar Mahiruddin…

Kalau benar Shafie amat menghormati institusi Parlimen dan Eksekutif, persoalannya kenapa Shafie tidak menghormati Dewan Undangan Negeri termasuk Speaker DUN dengan mengemukan sahaja usul undi tidak percaya terhadap Musa seperti mana Muhyiddin mengusulkan menukar Speaker Parlimen.

Justeru saya berharap kewajaran menutut mulut kerana perkataan yang keluar dari mulut Shafie amat tidak selari dengan perbuatan Shafie sendiri.

Al Fakir Bin Abdullah
Aktivis Politik Bebas

(Artikel ini telah dikirim oleh penulis ke portal berita sabahnews.com.my dan artikel ini tidak mencerminkan langsung pandangan pihak Sabah News…)