SKMM DAN PDRM DIMINTA AMBIL TINDAKAN TEGAS KE ATAS PORTAL BERBAYAR PARTI...

SKMM DAN PDRM DIMINTA AMBIL TINDAKAN TEGAS KE ATAS PORTAL BERBAYAR PARTI WARISAN KUAT FITNAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) mendesak agar pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Polis agar segera mengambil tindakan undang-undang ke atas portal murahan berbayar Parti Warisan kerana terlalu kuat menabur FITNAH.

“Semasa mereka memerintah Sabah, jentera Parti Warisan Sabah kuat memfitnah dan selepas kalah mereka dilihat semakin terdesak untuk menabur fitnah.”

“Sebagai contoh portal bertaraf SAMPAH inisabahbah.com sebelum ini telah menerbitkan satu artikel FITNAH yang cukup JIJIK kononnya Hospital Ranau kini berhadapan dengan kekurangan stok PPE (Personal Protective Equipment) dan hanya mempunyai tiga helai sahaja stok bekalan dalam simpanan mereka.”

PORTAL berbayar Parti Warisan Sabah MEMFITNAH kononnya Hospital Ranau kekurangan PPE…

Sebaliknya Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin telah mengesahkan bahawa stok PPE yang ada di Hospital Ranau bukan tiga (3) helai seperti yang didakwa, sebaliknya berjumlah 150 helai, pengesahan ini telah dilakukan sendiri oleh Pengarah Hospital Ranau.

MP Ranau Jonathan Yasin menafikan tuduhan FITNAH tersebut, sebaliknya memberikan jaminan sentiasa memantau keperluan PPE dan peralatan lainnya di Hospital Ranau…

Jonathan juga telah memberikan jaminan bahawa stok PPE dan barangan keperluan lainnya akan dihantar dengan segera ke Hospital Ranau mengikut keperluan yang seperti yang diminta dan berharap agar isu ini tidak dijadikan bahan fitnah oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

“Mereka sepatutnya menghubungi secara terus ke Hospital Daerah Ranau bagi mengetahui perkara sebenar,” Jonathan berkata lagi.

Menurut NGO BEBAS lagi, portal berbayar Parti Warisan sebelum ini turut menuduh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah mula berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi walaupun ramai rakyat Sabah di Sandakan telah dijangkiti virus COVID-19.

Artikel yang diterbitkan pada 15 Oktober 2020 itu walau bagaimanapun telah disangkal oleh BERSATU Bahagian Batu Sapi yang mana menurut mereka kempen jejak pengundi tersebut telah diadakan pada bulan Julai yang lalu dan bukannya bulan Oktober seperti yang didakwa oleh portal ini.

Parti Pribumi Bersatu melalui Armada menyiarkan bukti Kempen Jejak Pengundi diadakan pada bulan Julai dan bukannya Oktober sambil menyifatkan tuduhan PORTAL inisabahbah.com berniat JAHAT…

Menurut Parti Pribumi Bersatu Batu Sapi, Program Jejak Pengundi ini sebenarnya diadakan bulan Julai 2020 lalu. Di sini turut disertakan BUKTI bergambar bagi menjawab tuduhan dari pihak yang tidak bertanggungjawab khususnya (portal inisabahbah.com).

Artikel fitnah oleh portal berbayar Parti Warisan Sabah yang diterbitkan pada 15 Okt 2020 kononnya Parti BERSATU telah mula berkempen di Batu Sapi sebaliknya foto kempen daftar pengundi baharu telah diadakan pada bulan Julai 2020…

Menurut BEBAS, “harus diingat Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara, tetapi bukan dengan cara MEMFITNAH sebegini.

“Sebelum ini Parti Warisan Sabah menggunakan Portal Borneo Today untuk MEMFITNAH, dan selepas kekalahan pada PRN ke-16 mereka gunakan pula portal inisabahbah.com.

Kesemua pemimpin Parti Warisan Sabah termasuk (Junz Wong) menggunakan portal inisabahbah.com untuk MEMFITNAH…

“Kami berharap agar pihak yang difitnah segera membuat laporan Polis dan ke SKMM agar tindakan undang-undang yang tegas dapat dikenakan kepada pengendali portal ini.

“Sepatutnya Parti Warisan tampil membantu rakyat Sabah yang terjejas teruk akibat Covid-19 dan bukannya berterusan berpolitik…

“Jangkitan COVID-19 semakin tinggi di Sabah disebabkan Shafie Apdal bernafsu besar dengna membubarkan DUN sehingga memaksa pilihan raya diadakan.

“Justeru, kami berharap agar kesemua pimpinan dan jentera Parti Warisan Sabah tolonglah berhenti sementara berpolitik dan fokus untuk bersama-sama membantu rakyat Sabah yang terjejas bagi menebus dosa yang Shafie Apdal telah lakukan,” BEBAS berkata lagi.