UMNO Sabah Tidak Layak Bercakap Soal Integriti – Bung Sendiri Terpalit Rasuah

UMNO Sabah Tidak Layak Bercakap Soal Integriti – Bung Sendiri Terpalit Rasuah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menepis tuduhan UMNO Sabah yang melabel Kerajaan Negeri sebagai “pengkhianat terbesar kepada rakyat” susulan tular video perbualan antara Albert Tei dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan.

Ketua Penerangan Pemuda GRS, Barhul Sahibu, menyifatkan kenyataan Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman, sebagai fitnah politik murahan.

Katanya, jika ada bukti sahih, serahkan kepada pihak berkuasa, bukan menjadikan video tanpa asas sebagai modal politik.

Beliau menegaskan UMNO tidak layak bercakap soal integriti kerana Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, sendiri masih berdepan kes rasuah di mahkamah.

“Jangan cuba jadi juara moral kalau rumah sendiri penuh lumpur,” katanya.

Menurut Barhul, serangan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hanya helah UMNO menutup kelemahan selepas kalah PRN.

“Hajiji fokus pada pembangunan rakyat, sedangkan UMNO hanya pandai bersandiwara,” ujarnya.

Tambahnya, rakyat Sabah kini matang menilai dan tidak mudah termakan propaganda.

“Rekod Bung Moktar sendiri sudah cukup membuktikan siapa sebenarnya liabiliti politik,” katanya.