UMS Terima Kunjungan Penanda Aras EKSA Dari PHKK, UMPSA

UMS Terima Kunjungan Penanda Aras EKSA Dari PHKK, UMPSA

0
SHARE
Ums
Delegasi UMPSA sempena lawatan EKSA di PIUMS ( Sumber Foto: Ihsan UMS )

KOTA KINABALU, SABAH – Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menerima kunjungan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dari Pusat Hal Ehwal Korporat dan Kualiti (PHKK), Universiti Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), baru-baru ini.

Ketibaan delegasi UMPSA disambut Jawatankuasa EKSA Induk UMS yang diketuai Ketua Bahagian Pentadbiran dan Governan merangkap Ketua Kluster EKSA UMS, Azmi Jumat; Setiausaha EKSA Induk UMS, Joanne Justin; Penolong Setiausaha, Wenddye John serta Ahli Jawatankuasa Audit, Jaini Sapirai, Erwin Rusfian Rukkung dan Shone De Nelco Edie Gadur.

Menurut Azmi, delegasi PHKK UMPSA telah dibawa berkunjung ke Bahagian Keselamatan UMS (BKUMS), Pusat Islam UMS (PIUMS), dan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), UMS.

“Lawatan ini antara lain bagi menimba pengalaman, pengetahuan dan melihat pelaksanaan amalan EKSA di UMS.

“Pada masa yang sama, ia bagi mengeratkan jalinan kerjasama yang sedia terjalin antara UMS – UMPSA ke arah mencapai kecemerlangan secara berterusan dalam amalan EKSA di institusi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Azmi menjelaskan, EKSA merupakan inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti.

“Persekitaran tempat kerja yang selesa sangat penting supaya lebih relevan kepada jabatan atau agensi sektor awam di Malaysia.

“Semoga hasil daripada kunjungan Penanda Aras EKSA ini, hubungan dua hala di antara UMS dan UMPSA akan terus berkekalan,” ujarnya.

Pada kunjungan itu, delegasi PHKK UMPSA disertai Penolong Naib Canselor, Prof Dr Kamal Yusoh selaku ketua rombongan dan Pengarah Bahagian Pengurusan Strategik dan Kualiti (BPSK), Profesor Madya Dr Norazwina Zainol.

Turut serta ialah Eksekutif Kanan Unit Pengurusan Kualiti (UPK) PHKK, Faisal Jusoh dan Eksekutif Kanan, Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI), Emma Melati Baharuddin.