VIRAL SAMAN DISEBABKAN “DINE IN” BERITA PALSU DAN FITNAH JAHAT

VIRAL SAMAN DISEBABKAN “DINE IN” BERITA PALSU DAN FITNAH JAHAT

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Berita yang yang ditularkan sejak pagi  tadi kononnya peniaga disaman disebabkan membenarkan  pelanggan “Dine-in” (makan di dalam restoran) adalah BERITA PALSU.

Berita yang turut ditularkan oleh sebahagian besar jentera Pembangkang juga jelas bertujuan mewujudkan kebencian yang melampau ke atas Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

ADUN DAP Luyang turut memutar belit keputusan Kerajaan GRS membenarkan “DINE-IN” kepada pelanggan restoran di Sabah…

Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) daripada Unit Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB) dalam satu kenyataan rasmi mengesahkan telah mengeluarkan saman ke atas Restoran Weng Foh, Damai Plaza Phase IV kerana kesalahan pengendali makanan gagal memiliki ‘Sijil Kesihatan’ yang sah.

Laporan yang menyatakan kononnya saman dikeluarkan sebanyak RM50 ribu juga adalah berita yang tidak benar (PALSU), sebaliknya saman yang dikenakan hanya bernilai RM300 dan boleh merayu untuk pengurangan.

Unit JKPB-DBKK mengeluarkan saman kepada Restoran Weng Foh, Damai Plaza Phase IV kerana kesalahan pengendali makanan gagal memiliki ‘Sijil Kesihatan’ yang sah…
Berita PALSU yang ditularkan pengguna Facebook bernama ‘Erviana Elvy’ dan turut dikongsi ramai pengguna Facebook lainnya sehingga menimbulkan kekeliruan dan fitnah…

Dalam pada itu, Syihab Al-Hadi iaitu seorang pemerhati politik bebas ketika diminta mengulas mengenai keputusan terkini Kerajaan GRS untuk membuka lebih awal beberapa sektor ekonomi dilihat kurang disenangi oleh sebilangan besar Pembangkang di Sabah.

“Pujian seharusnya diberikan kepada Ketua Menteri termasuk Menteri Kabinet Sabah kerana membuat keputusan yang bertentangan dengan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk lebih awal melaksanakan program pemulihan ekonomi negeri…

“Keputusan ini juga jelas dilihat menunjukkan Kerajaan GRS Sabah mula menunjukkan belang dengan kuasa Autonomi yang mereka ada,” kata Syihab.

Kerajaan GRS membenarkan ‘Dine’-in bermula 29 Jun 2021…

Menurut sumber, keputusan Kerajaan Negeri Sabah tidak disenangi oleh beberapa Kementerian di peringkat Persekutuan, namun keputusan untuk membuka beberapa sektor lebih awal di Sabah susulan kes jangkitan COVID-19 berjaya dikawal dan kekal dengan jumlah 3 angka setakat ini.

Menurut Syihab lagi; “walaupun muka bentuk Sabah yang begitu luas serta kedudukan perkampungan yang berselerak dengan masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), namun Kerajaan Negeri Sabah termasuk MKN, KKM dan Pasukan Keselamatan lainnya telah menguatkuasakan operasi SOP dengan cemerlang sehingga kes COVID-19 dapat kekal dilandaikan penularannya”.

“Justeru, pihak pembangkang seharusnya bersama dengan Kerajaan Negeri Sabah di dalam membangunkan ekonomi yang terjejas akibat Covid-19 dan mengurangkan berpolitik…

“Kerajaan Negeri Sabah sebelum ini juga telah memberikan peruntukkan sejumlah RM100 ribu kepada  wakil rakyat Pembangkang bagi membantu rakyat yang terkesan dengan COVID-19, dan ini jelas menunjukkan sikap Kerajaan negeri ketika ini mahu mengurangkan berpolitik dan fokus kepada membantu rakyat. Sebaliknya sebahagian Pembangkang masih berterusan menabur FITNAH dan ini akan sedikit sebanyak merencatkan usaha tersebut,” ujar Syihab lagi.