LONDON, BRITAIN – Seorang wanita dari Blackpool, England, dijatuhi hukuman penjara 34 minggu kerana merancang penculikannya sendiri, lapor Daily Star.
Semasa kejadian pada Oktober 2020 itu, Leah Jumeauz, 20, sempat menghantar gambarnya yang diikat pada kerusi sebagai muslihat untuk mendapatkan wang tebusan untuk membeli hadiah Krismas.
Dia menghantar gambar dirinya yang diikat pada kerusi dan duduk bersebelahan dengan sepucuk pistol…
Jumeaux juga sempat menyamar sebagai penculik dirinya sendiri dan menghantar pesanan kepada bekas teman lelakinya untuk meminta wang tebusan sebanyak £2,000 (RM11,320).
Jumeaux hadir di Mahkamah Majistret Blackpool pada September tahun lepas atas dakwaan memeras ugut dan penipuan dengan perwakilan palsu.
Tertuduh kemudian diikat jamin sebelum dibicarakan di Mahkamah Diraja Preston dengan membuat pengakuan bersalah untuk mengurangkan hukuman bagi kesalahan penipuan pada Jumaat lepas.