Wanita Ditemukan Mati Dalam Kereta Toyota Camry, Berkunci

Wanita Ditemukan Mati Dalam Kereta Toyota Camry, Berkunci

0
SHARE
Foto: Ihsan JBPM Perak

IPOH: Seorang wanita ditemukan meninggal dunia dalam kereta berkunci di kawasan parkir berdekatan Klinik Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia 9(JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 6.07 petang tadi. 

“Anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seorang mangsa terkunci di dalam kereta Toyota Camry.

“Anggota bomba bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas dan mangsa yang berusia 20 tahun itu diberi rawatan awal oleh pegawai kesihatan yang berada di tempat kejadian, namun mangsa disahkan sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Berdasarkan tinjauan, wanita tersebut ditemukan di kerusi penumpang belakang dalam keadaan berbaring beralaskan bantal.