KOTA KINABALU, SABAH – Isu hangat yang hangat diperkatakan baru-baru ini yang melibatkan ADUN Bandau, Datuk Wetrom Bahanda yang membuat keputusan keluar Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan kononnya telah masuk memilih Parti Warisan hanya ‘retorik’ Warisan semata-mata.
Menurut Setiausaha Sulit Datuk Wetrom Bahanda berkata bahawa Wetrom ketika itu sebenarnya belum membuat sebarang keputusan, beliau hanyalah seorang ahli DUN Bebas dan hanya hadir bersama Warisan kerana telah dijemput oleh Presiden Warisan serta cuba dipujuk dengan dijanjikan sesuatu demi untuk menjadi menjadi ahli parti Warisan.
Tetapi setelah Wetrom meneliti dengan lebih mendalam arena politik hari ini, kini ADUN Bandau itu telah memilih untuk berjuang bersama Parti Kesejahteraan Demokratik Maysarakat (PKDM) demi perjuangan rakyat dan tanahair Sabah itu sendiri.
“Mereka Parti Warisan telah memanggil dan cuba memujuk beliau, namun disebabkan jauh dari lubuk hatinya sendiri mengetahui bahawa Warisan adalah parti yang kuat hanya tahu membuat propaganda dan putar-belit demi kuasa…
“Selain itu, parti Warisan kini bukan lagi 100 peratus Sabahan seperti Parti Warisan yang dulu pada PRU14 yang lalu. Kalau dulu, ya betul parti Sabahan, tapi kini mereka telah melebarkan sayap dan kini mempunyai ahli-ahli dan pimpinan parti di Malaya, dan inilah fakta sebenarnya tentang Parti Warisan yang ada pada hari ini,” kata Setiausaha Sulit Datuk Wetrom Bahanda.
Tambahnya lagi, Wetrom melihat Parti Warisan ini sanggup memutar belit demi mengelirukan dan memburukkan pihak lawannya dan juga pengundi-pengundi hari ini demi kuasa.
“Kemudian apabila berkuasa yang berlaku orang-orang mereka ‘Diorang-diorang saja yang punya’ baginya ini sangt tidak bertepatan dan tidak sesuai dengan prinsip perjuangannya…
“Demi mengaburi pengundi dan rakyat Sabah, parti Warisan sanggup membuat propaganda dan putar-belit demi kuasa, salah satu contoh paling ketara adalah apabila Warisan ingin menutup kelemahan partinya iaitu rakyat Sabah telah mengetahui dan terbukti apabila Warisan menang, ‘SEMPORNASISASI’ sangat ketara…
“Ini terbukti selama 22 bulan mereka mentadbir yang mana akhirnya parti Warisan membuat propaganda ‘UNITY’ kononnya untuk menutup ‘SEMPORNASISASI’, diorang-diorang saja yang punya ini Sabah,” jelasnya.
Selain itu, Warisan juga membuat propaganda kononnya hanya Parti Warisan yang betul-betul Sabahan, tetapi hakikatnya parti tersebut sama juga seperti parti-parti Malaya yang lain yang juga parti nasional memiliki ahli-ahli dan pimpinan di Malaya.
Jelasnya lagi, “perjuangan Wetrom adalah lebih baik fokus berjuang demi perjuangan Sabah itu sendiri terlebih dahulu sehingga kita membangun dan maju di tempat sendiri sebelum berjuang untuk negeri atau tempat orang lain, apalah gunanya perjuangan melalui politik ini andai tempat sendiri pun tidak terjaga.