MARSEILLE – Empat pelancong wanita warga Amerika Syarikat cedera selepas seorang wanita menyimbah asid di sebuah stesen kereta api.
Menurut laporan Reuters, pihak polis berkata, dua daripada wanita berusia awal 20-an itu kini dirawat di hospital akibat melecur di muka.
Difahamkan pelancong itu sedang dalam perjalanan dari bandar di selatan itu ke Paris.
Penyerang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan di lokasi kejadian.
Polis berkata, serangan itu tiada kaitan dengan pengganas, sebaliknya percaya penyerang itu mengalami masalah gangguan mental.