PAPAR, SABAH – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Polis Papar menahan DUA (2) pengedar syabu dengan rampasan sebanyak 50.08 gram dadah berkenaan pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah, DSP Batholomew Umpit berkata, kedua-dua suspek merupakan lelaki tempatan yang berusia 40an.
“Suspek-suspek ini terlibat dengan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di kawasan Papar…
“Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua mereka positif dadah jenis syabu,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.
Dadah tersebut sudah dibungkus dalam kepingan straw berwarna warni namun sempat dirampas polis sebelum dapat menembusi pasaran gelap.
Batholomew berkata suspek masing-masing telah disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Di bawah Seksyen 39B ADB, jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati mandatori.





