Saloma Ikon Wanita, Inspirasi Sempena Sambutan Hari Ibu PPS

Saloma Ikon Wanita, Inspirasi Sempena Sambutan Hari Ibu PPS

0
SHARE

KOTA KINABALU: Allahyarhamah Saloma diangkat sebagai ikon wanita berjiwa besar dan contoh terbaik dalam sambutan Hari Ibu 2026 di sini.

Presiden Perkumpulan Sabah, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata wanita memainkan peranan penting sebagai ibu, isteri, pemimpin, usahawan dan penggerak masyarakat.

Berucap merasmikan Majlis Glamorous Saloma Night anjuran Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS), beliau berkata pemilihan Saloma amat tepat kerana nilai murni yang dimiliki seperti setia, rajin, dermawan dan menjaga maruah diri wajar dicontohi wanita masa kini.

Beliau turut memuji PPS atas usaha berterusan dalam pembangunan wanita serta menekankan kepentingan kerjasama antara pertubuhan wanita bagi memperkasa golongan itu secara menyeluruh.

Azizah menyeru masyarakat agar terus menghargai jasa wanita yang menjadi tonggak keluarga dan penyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.