PAPAR, SABAH – Polis Narkotik daerah berjaya menangkap seorang pengedar air ketum di kawasan ini semalam.
Ketua Polis Daerah Papar, DSP Batholomew Ak Umpit berkata, suspek lelaki berumur 20-an itu giat menjual ‘air tangan’ kepada pelanggan di sekitar daerah Papar.
Hasil soal siasat, anggota polis menemui sebanyak 31 botol mineral plastik yang telah diisi semula dengan bancuhan air ketum yang diletak di dalam kotak pendingin.
“Suspek telah disiasat dibawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952…
“Kejayaan tangkapan ini merupakan salah satu usaha pihak Polis dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, disamping mencegah aktiviti jenayah khususnya di daerah Papar,” katanya dalam sebuah kenyataan.
Beliau menasihatkan orang ramai untuk memaklumkan pihak polis jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah dadah.





