BUKAN MABUK TAPI SAKIT JANTUNG, WANITA RAKAM VIDEO DIKECAM NETIZEN

BUKAN MABUK TAPI SAKIT JANTUNG, WANITA RAKAM VIDEO DIKECAM NETIZEN

0
SHARE

SUNGAI BULOH, SELANGOR – Netizen mengecam tindakan seorang wanita yang menuduh seorang pemandu lori yang telah terlibat dalam satu kemalangan dengan merempuh TIGA (3) buah kenderaan yang dipercayai berlaku di diparkir di bahu jalan di BRB 8/2 Sungai Buloh berhampiran dengan Kilang Daikin.

Video berdurasi 1 minit 17 saat itu menunjukkan seorang wanita yang merakam sambil menuduh pemandu tersebut sedang mabuk. Sebaliknya, pemandu lori itu sedang menahan kesakitan akibat serangan jantung.

Netizen yang mengecam tindakan wanita itu berpendapat wanita itu boleh menyelamatkan pemandu lori tersebut jika pantas menghubungi ambulans dan bukan sibuk merakam kejadian itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sungau Buloh mengesahkan bahawa pemandu lori tersebut sakit dada akibat serangan jantung sehingga menyebabkan lori yang dipandunya hilang kawalan lalu melanggar kenderaan lainnya.

“Pemandu lori tersebut telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. Punca kematian adalah ‘Myocerdial Infacrtion’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pihak polis turut menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi bagi menghormati waris keluarga pemandu lori berkenaan.

kes disiasat di bawah Sek 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dilakukan.