Gempa Bumi Lemah Magnitud 3.4 Gegar Keningau Hari Ini

Gempa Bumi Lemah Magnitud 3.4 Gegar Keningau Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 dikesan berlaku di Keningau, Sabah pada jam 9.31 pagi hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, pusat gempa itu terletak pada koordinat 5.3 darjah Utara dan 116.1 darjah Timur, kira-kira 10 kilometer (km) di barat Keningau.

Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 10km dan gegarannya dilaporkan dirasai penduduk di Keningau serta beberapa kawasan sekitarnya.

Gegaran dirasai di Keningau, Sabah dan kawasan sekitarnya. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut MetMalaysia di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, MetMalaysia meminta orang ramai yang merasai gegaran akibat kejadian berkenaan supaya mengisi borang soal selidik yang disediakan bagi membantu pengumpulan maklumat berkaitan kesan gempa tersebut.

Setakat kenyataan dikeluarkan, MetMalaysia tidak melaporkan sebarang kejadian gempa susulan atau kerosakan akibat gegaran berkenaan.