SABAH BENAM MELAKA UNITED FC 2-1

SABAH BENAM MELAKA UNITED FC 2-1

0
SHARE
Amri Yahyah '17', menjaringkan 2 gol bagi pasukan Sabah FC...

KOTA KINABALU, SABAH – Pasukan bola sepak Sabah (Sabah FC) tidak menghampakan penyokong setia yang menghadirkan diri walaupun dalam hujan bagi menyaksikan perlawanan menentang Melaka United FC di Stadium Likas malam tadi.

Penyerang nombor “17” Sabah, Amri Yahyah berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-65 dan ke-90 selepas menggantikan Stuart John Wilkin pada separuh masa kedua…

Aksi hebat sama malam ini turut berjaya menggulingkan semangat Melaka United setelah gol pertama yang dijaringkan pemain import mereka, Ifedayo Omosuyi, pada minit ke-24.

Kelihatan juga beberapa pemain muda Sabah FC telah diberikan peluang beraksi pada separuh masa kedua di atas padang yang becak akibat cuaca lebat yang bermula sekitar jam 4 petang hari inim

Momentum Sang Badak dapat dikekalkan pada habitat asal sehingga minit terakhir wisel penamat ditiupkan yang memberi tiga mata bermakna buat Sabah FC, namun menyaksikan ketua pasukan Rawilson Batuil dikenakan kad merah dalam perlawanan malam tadi.

Pada masa yang sama, Negeri Sembilan turut menggunguli Selangor (3-2) pada rumah lawan juga dengan semata dalam pertarungan Liga Super Malaysia.