Lemas Dalam Kereta

Lemas Dalam Kereta

0
SHARE

BELURAN, SABAH – Seorang pekerja ladang lemas dalam Proton Saga Iswara yang dipandunya setelah terjunam ke dalam Sungai Memanjang di sini semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata pihak mereka menerima panggilan kecemasan itu pada jam 2.17 petang.

“Menurut pemanggil (saksi) terdapat seorang mangsa terlibat semasa kejadian.

Pasukan Bomba memeriksa keadaan kereta mangsa. Foto Ihsan Bomba…

“Tindakan pasukan Bomba bersama agensi lain mengeluarkan dan menaikkan kenderaan mangsa menggunakan peralatan tali menyelamat serta bantuan dari jentera jengkaut.

“Mangsa dijumpai (tidak sedarkan di dalam kenderaan) pada jam 4.40 petang, jarak 35 meter dari lokasi kenderaan jatuh ke dalam sungai,” katanya.

Tambahnya mangsa lelaki dewasa yang hanya dikenali sebagai Kahar telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.