Penunggang RSX Patah Kaki Terbabas

Penunggang RSX Patah Kaki Terbabas

0
SHARE

TAMBUNAN, SABAH – Seorang penunggang motosikal patah kaki selepas terbabas di KM34 Jalan Tambunan – Keningau sini pagi tadi.

Mangsa, Abduk Khalid Juhasin, 27, menunggang sebuah motorsikal jenis Honda RSX 150 dalam kejadian 11.25 itu.

“Mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke Hospital Tambunan.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 12.02 tengah hari,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.