KOTA KINABALU, SABAH – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan insiden berkait seorang bayi baru lahir yang mati di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah pada Ahad (19 Jun).
Hal itu telah tular di media sosial Facebook oleh kakak mangsa bernama Vivian Viv.

Pengarah JKNS Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata siasatan terperinci dan telus sedang dijalankan.
“Terlebih dahulu pihak JKN Sabah ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bayi ini…
“Kami mengambil perhatian serius mengenai kejadian ini dan sedang menjalankan siasatan terhadap semua maklum balas yang diterima bagi tujuan menambah baik mutu perkhidmatan kami,” katanya dalam sebuah kenyataan.






