KOTA KINABALU, SABAH – Koisaan Konomposion Boros Dusunik Sabah (KBDS) akan mengadakan mesyuarat agung tahunannya pada hari Khamis (8hb September) ini.
Pengerusi KBDS Datuk Lawrence Gimbang berkata mesyuarat itu akan diadakan di Retreat Centre Datuk Eric Majimbun di Kionsom, Inanam dan dijangka bermula jam 10 pagi.
Gimbang berkata, koisaan tersebut ditubuhkan dua tahun yang lalu tetapi semua aktivitinya terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Katanya, diantara objektif menubuhan koisaan ialah untuk memelihara bahasa dusunik, menggalak semua etnik dusunik mengajar dan bertutur dengan anak-anak mereka dalam bahasa dusunik.
“Kami juga ingin membantu memperbaiki kurikulum bahasa KadanzanDusun, Murut Rungus (KDMR) yang diajar di sekolah.
“Kita tidak mahu bahasa dusunik akan pupus atau tidak lagi wujud di dunia ini,” jelas Gimbang…
Beliau menambah bahawa KBDS adalah koisaan yang bebas dari sebarang fahaman politik walaupun penaungnya seorang ahli politik, ia itu Presiden Sabah STAR, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan sementara penasihat ialah Tan Sri Simon Sipaun.
Gimbang juga berkata, setiausaha koisaan ialah Petrus Francis Guriting dan koisaan juga dianggotai ima orang ahli jawatankuasa.





