TUARAN, SABAH – Seorang lelaki berusia 45 tahun maut dihempap pokok tumbang semasa menunggang motosikal behampiran Jalan Impian Jadi, sini, semalam.
Laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menyatakan sepasukan sembilan anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 7.58 pagi.
“Pasukan bertindak memotong dan mengalihkan pokok tumbang yang menghempap mangsa ke bahu jalan.
“Mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian dan disahkan oleh pihak polis.
“Mangsa seterusnya dibawa ke hospital oleh Forensik Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 9.45 pagi.
Mangsa dikenal pasti sebagai Syair Sukma, yang merupakan seorang bukan warganegara Malaysia.