Enam Berhimpit Dalam Viva Cedera Berlanggar Lori

Enam Berhimpit Dalam Viva Cedera Berlanggar Lori

0
SHARE
Kemalangan
Kereta Perodua Viva yang dilanggar lori 10 tan ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KINABATANGAN, SABAH – Tujuh termasuk seorang warga emas dan tiga kanak-kanak cedera apabila Perodua Viva yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori 10 tan yang membawa muatan batu berhadapan bangunan JKR, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 8.45 pagi itu, kedua-dua kenderaan berada di lorong kanan jalan raya.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, seorang mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh anggota pasukan.

“Beliau seterusnya dihantar ke hospital oleh ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Enam orang mangsa yang lain dihantar ke Hospital oleh orang awam manakala pemandu lori dilaporkan selamat,” katanya.

Katanya, kenderaan Viva terbabit dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun.

Operasi kemudian ditamatkan pada jam 9.33 pagi.