Dua Kereta Hangus Dalam Kes Berlainan Di Lahad Datu

Dua Kereta Hangus Dalam Kes Berlainan Di Lahad Datu

0
SHARE

LAHAD DATU, SABAH – Dua kereta hangus pada petang Jumaat dan pagi ini (Sabtu) dalam dua kes berasingan di sini.

KES PERTAMA menyaksikan sebuah Perodua Kancil habis dibaham api berdekatan Sekolah Menengah Sains Lahad Datu.

Pihak bomba daerah berjaya menghentikannya tiga minit kemudian pada pukul 7.28 petang.

Dalam KES KEDUA iaitu perkembangan lebih terkini, pukul 10 pagi tadi di Jalan Felda pula sebuah lori membawa muatan minyak kelapa sawit musnah 30 peratus.

Api dapat dikawal dengan kaedah semburan ‘foam’ pada 12.30pm dalam insiden berhampiran Jalan Felda Sahabat.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kedua-dua insiden…

“Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran Zon 5 Sabah (Tawau),” jurucakap agensi itu berkata.