KOTA KINABALU, SABAH – Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah, Jainisah Mohd. Noor telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Seri Kinabalu, pada Rabu.
Jainisah mengadakan kunjungan tersebut bagi memperkenalkan diri sebagai Pengarah JaPen Sabah yang baharu berkuatkuasa 26 September 2022 menggantikan Nadzerah Abdullah.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Penerangan, Supian Musa, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Peter Tong; KPP Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Azman Sipan dan KPP Gerak Saraf dan Pengurusan Isu, Busmin Brahim.





