Seramai 284 Belia Sertai WARISAN Sipitang

Seramai 284 Belia Sertai WARISAN Sipitang

0
SHARE
Sesi penyerahan borang keahlian yang diwakili Safuan Zainal kepada Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika program jelajah Sabah Bangkit Sipitang Bangkit Bersama Parti WARISAN...(Foto: Ihsan WARISAN)

SIPITANG, SABAH – Parti Warisan Sabah (WARISAN) Sipitang telah menerima seramai 284 orang ahli baru dari golongan belia untuk menyertai parti terbabit.

Ketua Wira WARISAN Sipitang, Mohammad Norizhuan Awang dalam satu kenyataan media berkata golongan belia terbabit terdiri daripada belia berumur 18 sehingga 35 tahun yang berasal dari Lumadan dan Sindumin.

“Mereka telah menyatakan hasrat untuk menyertai WARISAN ketika program jelajah ‘Belia Pilih Warisan’ yang dianjurkan oleh kami sepanjang bulan September lepas…

“Penyertaan kali ini agak istimewa kerana Parti WARISAN menjadi pilihan sebagai parti politik pertama mereka dalam usaha ingin memperjuangkan hak-hak orang Sabah.

Ketua Wira WARISAN Sipitang, Mohammad Norizhuan Awang…

“Mereka amat tertarik dengan wadah perjuangan WARISAN yang telah membuat 21 tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Parlimen dan hak-hak orang Sabah secara konsisten,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya juga menyambut baik pengumuman Datuk Adnan Puteh sebagai calon WARISAN yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umun (PRU)15 kelak bagi parlimen Sipitang.

 

Menurutnya, pihaknya juga berikrar akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan Adnan dalam PRU-15 nanti.

“Pemilihan Adnan adalah satu keputusan yang tepat kerana perwatakan beliau yang disenangi oleh semua lapisan masyarakat di kawasan Sipitang ini,” katanya.

Penyerahan borang keahlian diwakili oleh Safuan Zainal kepada Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika program jelajah Sabah Bangkit Sipitang Bangkit Bersama Parti WARISAN, di sini, semalam.