VIDEO PELUMBA NEGARA SUJUD SYUKUR SELEPAS MENANG MOTO3 REMAJA DUNIA DI SEPANYOL

VIDEO PELUMBA NEGARA SUJUD SYUKUR SELEPAS MENANG MOTO3 REMAJA DUNIA DI SEPANYOL

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Pelumba negara, Syarifuddin Azman berjaya mengharumkan nama negara apabila muncul juara dalam perlumbaan pertama Moto3 Junior World Championship FIM CEV Repsol (CEV Moto3 Remaja Dunia) di Litar Catalunya, Sepanyol.

Lagu Kebangsaan Negara turut dikumandangkan semasa Syarifuddin menerima piala kemenangan di podium utama itu.

Syarifuddin memenangi perlumbaan dengan bergaya apabila mencatatkan masa 29 minit 32.553 saat dalam 16 pusingan. Beliau selepas itu kelihatan telah melakukan ‘sujud syukur’.

VIDEO Syarifuddin melakukan ‘sujud syukur’ selepas muncul juara dalam perlumbaan pertama CEV Moto3 Remaja Dunia…

Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin termasuk beberapa orang Menteri Kabinet Malaysia turut mengucapkan tahniah kepada Syarifuddin yang juga dikenali dengan panggilan #Damok.