30,000 Dos Vaksin Akan Di Hantar Ke Labuan Minggu Ini

30,000 Dos Vaksin Akan Di Hantar Ke Labuan Minggu Ini

0
SHARE

LABUAN – Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berkata proses vaksinasi di Labuan perlu di segerakan melihat keadaan Labuan sudah merekodkan kadar jangkitan yang terlalu tinggi berbanding negeri lain sejak beberapa minggu ini.

Beliau berkata untuk membantu permohonan yang sudah dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Labuan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, beliau turut berhubung terus dengan Menteri MOSTI dan Menteri Wilayah mengenai penghantaran vaksin yang perlu disegerakan ke Labuan.

Menurut Rozman, Menteri MOSTI sendiri mengatakan bahawa vaksin sebanyak 100,000 dos akan di hantar ke Labuan bermula dengan 30,000 dos dalam minggu ini.

Datuk Rozman Isli…

“YB Khairy Jamaludin juga memberitahu akan menghantar satu ‘taskforce’ untuk membantu team Labuan sedia ada untuk memastikan vaksin tersebut dapat dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, Rozman juga meluahkan rasa kerisauan apabila berlakunya pembelian panik di beberapa pasar raya yang menyebabkn kesesakan apabila ‘ Lockdown Bersasar’ untuk 8 lokaliti di Pulau bebas cukai itu di umumkan dua yang hari lepas.

“Ini meningkatkan risiko dan dibimbangi lonjakan baru jangkitan akan berlaku lagi selepas ini. Padahal keadaan sekarang sudah mula melihatkan penurunan…

“Walaupun Jangkitan masih dalam julat tiga angka tetapi sebenarnya sudah menurun dari segi peratusan kes positif d banding jumlah ujian yang di buat,” katanya.

Katanya ujian yang di buat telah ditingkatkan kepada 1500-2000 bilangan sehari berbanding 800-1000 sebelum ini dan lebih kurang sejumlah 30,000 penduduk sudah disaring.

Rozman juga risau Labuan akan berhadapan dengan risiko kekurangan barang-barang keperluan disebabkan kawalan ketat rentas negeri yang memberi kesan kepada pengangkutan bahan yang kebanyakannya datang dari Sabah.

“Keadaan ditambah buruk lagi dengan berlakunya pembelian panik sejak dua hari lepas…

“Saya memohon pihak berkuasa untuk memantau keadaan ini termasuk kenaikan harga yang tidak berpautan,” katanya.

Dalam pada itu Rozman menyeru semua rakyat mengambil langkah-langkah serius untuk menjaga diri dan keluarga.

“Semua SOP perlu dipatuhi untuk keselamatan diri dan untuk membantu melandaikan dan memutuskan rantaian jangkitan,” ujar beliau.