APMM Berjaya Patahkan Cubaan 2 Bot Seludup Masuk Pelbagai Barang Kosmetik Ke...

APMM Berjaya Patahkan Cubaan 2 Bot Seludup Masuk Pelbagai Barang Kosmetik Ke Sabah

0
SHARE

SEMPORNA, SABAH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah berjaya mematahkan cubaan DUA (2) buah bot menyeludup masuk pelbagai barang kosmetik di Perairan Kampung Batu, Semporna sekitar jam 6.00 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi bin Hassan berkata melalui penugasan Ops Pluto Timur, bot ronda Maritim Malaysia berjaya mengesan 2 buah bot yang bergerak dalam keadaan yang mencurigakan sekitar jam 6.00 petang.

“Ketika dihampiri untuk pemeriksaan, dua suspek yang berada di atas bot terbabit bertindak nekad melarikan diri dengan terjun ke laut dan berenang ke arah kawasan hutan bakau berdekatan…

“Pemeriksaan ke atas kedua-dua bot enjin yang ditinggalkan oleh suspek menemui beberapa kotak barangan kosmetik dengan anggarkan nilai RM18,000.00 dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot berserta enjin dianggarkan bernilai RM38,000.00,” kata Norrimi.

Kes disiasat di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 serta Akta Kastam 1952. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000.00 di bawah Akta Jualan Dadah 1952.

Terdahulu, pada 11 Jun 2021 lalu, Zon Maritim Semporna telah menahan sebuah bot bersama muatan beberapa tong berisi sejumlah 475 liter petrol.

Bot terbabit ditahan atas kesalahan memiliki barang kawalan tanpa kebenaran atau lesen 2 yang sah di perairan Pulau Bohayen, Semporna.

Ketika dihampiri untuk pemeriksaan, pengendali bot terbabit turut bertindak terjun ke laut melarikkan diri.