SMK Sanzac Sahut Asiprasi Penanaman 1.33 Juta Pokok Menjelang 2033

SMK Sanzac Sahut Asiprasi Penanaman 1.33 Juta Pokok Menjelang 2033

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Bagi mencapai aspirasi projek Lestari Hijau SMK Sanzac, sekolah itu menyahut aspirasi penanaman 1.33 juta pokok menjelang 2033.

 

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip menjelaskan projek tersebut merupakan inisiatif sekolah dengan kerjasama DBKK, GreenKK dan Kelab Rotari Kota Kinabalu.

“Pada hari ini, sebanyak 15 pokok teduhan jenis Buccida dan pokok Tabebuaia Rosea ditanam di sekitar sekolah sebagai projek pemula.

“Program bakal diteruskan dengan penanaman 3,000 bibit pokok bakau yang akan disumbangkan oleh Kelab Rotari Kota Kinabalu.

“Bibit kemudiannya akan ditempatkan di kawasan sungai Inanam, Darau, Likas dan Sembulan sebagai usaha mengekalkan ekosistem selain menangani isu pencemaran sungai”, jelasnya semasa Majlis Perasmian Projek Lestari Hijau SMK Sanzac  di sini, pada Khamis.

Noorliza berkata pihaknya amat menyokong pelaksanaan program penanaman pokok yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak sebagai usaha menangani isu perubahan iklim dunia.

Hadir sama, Pengetua SMK Sanzac, Ajmal Jumah, Pengerusi Institut Landskap Arkitek Malaysia Negeri Sabah, Eric Ye Lee Sen, Pengarah Jabatan Landskap DBKK, Rozie Khan Halik Penasihat Kelab Interact (Kelab Rotari) SMK  Sanzac, Iskandar Ahmad; Yang Dipertua PIBG SMK  Sanzac, Janis Abdullah dan Timbalan Presiden Alumni SMK Sanzac, Md. Yussof Mataim.