SANDAKAN, SABAH – Pasukan bomba berjaya memujuk seorang wanita agar tidak terjun dari tingkat 5 Sri Utama Condominium Ijm di Batu 5 sini.
Dalam kejadian 9.30 pagi itu tadi, mangsa berusia 22 tahun yang dipercayai hendak mengambil nyawa sendiri sedang duduk di belebas bangunan.
Seramai sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan di lokasi berjaya memujuk dan menyelamatkan mangsa terjun dari bangunan dengan menggunakan kaedah rappeling (menakik).
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata seorang jurucakap bagi agensi.
Operasi kemudian ditamatkan pada jam 10.50 pagi.






