KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI SHELL MALAYSIA KEPADA KM HAJIJI

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI SHELL MALAYSIA KEPADA KM HAJIJI

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Pengerusi Shell Malaysia yang baharu dilantik, Siti Hurairah Sulaiman mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini.

Semasa lawatan itu, Siti memberikan maklumat terkini perniagaan mengenai Shell Malaysia dan operasinya di Sabah.

Siti, yang juga Naib Presiden Kanan Huluan Malaysia mula berkhidmat pada 1 Januari 2023 dan menjadi wanita pertama yang menerajui syarikat minyak multinasional di Malaysia.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar Sabah Shell Petroleum Company Ltd yang bertanggungjawab ke atas operasi minyak dan gas huluan Shell di Sabah selama empat tahun dari 2011.

Turut menyertai Siti dalam sesi kunjungan hormat terbabif ialah Pengarah Perhubungan Korporat, Cindy Lopez, Pengurus Besar Aset Air Dalam Sabah, Wong Kim Mun dan Pengurus Besar Perhubungan Korporat Malaysia Timur, Jonathan Jolly.