Meta Perkenal Khidmat Langganan Berbayar Untuk Facebook Dan Instagram

Meta Perkenal Khidmat Langganan Berbayar Untuk Facebook Dan Instagram

0
SHARE

WASHINGTON – Meta mengumumkan akan mula melancarkan perkhidmatan langganan secara berbayar untuk laman media sosial Facebook dan Instagram yang membolehkan pengguna mengesahkan akaun mereka.

Memetik laporan United Press International yang memetik kenyataan syarikat terbabit, Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg, berkata Meta Verified akan melancarkan perkhidmatan terbabot kepada pengguna di New Zealand dan Australia penghujung minggu ini.

“Kami mahu memudahkan orang ramai, terutama pencipta kandungan untuk memberi tumpuan kepada membina komuniti mereka di Instagram atau Facebook,”  jelas dalam kenyataan terbabit.

Perkhidmatan langganan yang menyasarkan pencipta kandungan itu berharga AS$11.99 di laman sesawang dan AS$14.99 untuk pengguna iOS dan Android.

Pengguna akan menerima ‘verification badge’ sama seperti di Twitter Blue.

Ia turut dilengkapi dengan akses kepada peningkatan keterlihatan dan jangkauan untuk pencipta kandungan, perlindungan daripada penyamaran dan perkhidmatan pelanggan.

“Untuk jangka panjang, kami mahu membina tawaran langganan yang bernilai kepada semua orang, termasuk pencipta kandungan, perniagaan dan komuniti kami, secara amnya.

“Pengguna yang layak untuk perkhidmatan pengesahan itu mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, perlu membuat pengesahan dengan ID kerajaan dan memenuhi keperluan yang ditetapkan,” katanya.