52 Individu Sertai Program Kesedaran Penggunaan Alat Pemadam Api dan Peti Pertolongan...

52 Individu Sertai Program Kesedaran Penggunaan Alat Pemadam Api dan Peti Pertolongan Kecemasan Di Kampung Kibouvang

0
SHARE
Jannie
Jannie (berdiri tengah) bersama para penerima Program Kesedaran Penggunaan Alat Pemadam Api dan Peti Pertolongan Cemas ( Sumber Foto: Ihsan pejabat ADUN Kapayan )

PENAMPANG, SABAH – Seramai 52 orang menyertai Program Kesedaran Penggunaan Alat Pemadam Api dan Peti Pertolongan Cemas hari ini bertempat di Dewanraya Kampung Kibouvang, Penampang pada Khamis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Jannie Lasimbang juga menyumbangkan 25 alat lemadam api dan 25 peti pertolongan Cemas kepada 25 orang yang memiliki premis perniagaan.

Katanya, ia akan disusuli dengan 70 lagi penerima yang menjalankan perniagaan dari rumah.

Para peserta dinasihati untuk menyimpan alat pemadam api di tempat yang mudah di lihat dan diakses.

“Mereka juga di ajar pengendalian CPR untuk memastikan pekerja ada kemahiran keselamatan di premis masing-masing.

“Alat pemadam api dan peti pertolongan cemas sangat penting untuk disimpan dalam rumah atau premis perniagaan supaya dapat membantu mencegah kemalangan yang tiba-tiba berlaku,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Pada tahun lalu, Pejabat ADUN Kapayan telah mendapati beberapa kebakaran berlaku akibat penggunaan premis rumah untuk perniagaan.

“Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk memberikan alat pemadam api dan peti pertolongan cemas kepada mereka yang layak.

“Ia merupakan langkah untuk mengurangkan atau mencegah kes kebakaran berlaku.

“Saya juga percaya dengan kemahiran CPR dan peti kecemasan, orang awam dapat membantu dalam situasi darurat.

“Penggunaan kedua-dua alat tersebut sangat penting untuk keselamatan dan kesihatan, baik di rumah mahupun tempat kerja,” tambahnya.