KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM300,000 daripada SD Guthrie Berhad (Guthrie) kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) dalam satu majlis ringkas di Menara Kinabalu, di sini pada Khamis.
Sumbangan berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Guthrie bagi menyokong usaha kebajikan dan pembangunan masyarakat di negeri ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Guthrie, Mohd Haris Mohd Arshad menyampaikan sumbangan tersebut kepada Pengarah YKS, Datuk Diyanah Abdullah yang mewakili yayasan berkenaan.
Turut hadir pada majlis itu ialah, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun, Ketua Perkhidmatan Operasi Kumpulan Guthrie Razlanshah Abd Malek serta Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Huluan Wilayah Sabah, R Vijayakumar.






