Aktivis Global Sumud Flotilla Ditahan, Bakal Dihantar Pulang ke Eropah

Aktivis Global Sumud Flotilla Ditahan, Bakal Dihantar Pulang ke Eropah

0
SHARE

KOTA KINABALU, 2 Oktober – Kumpulan aktivis Global Sumud Flotilla yang ditahan selepas konvoi bantuan ke Gaza dipintas oleh tentera laut regim Israel akan dihantar pulang ke Eropah.

Menurut laporan Anadolu Agency (AA), sekurang-kurangnya 317 aktivis daripada 21 buah kapal ditahan, berdasarkan maklumat daripada pengesan flotilla.

Aktivis-aktivis tersebut datang dari pelbagai negara, termasuk Malaysia, Sepanyol, Itali, Brazil, Turki, Greece, Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Britain, Perancis dan beberapa negara lain.

Media melaporkan bahawa sebuah kapal tentera laut Israel membawa aktivis yang ditahan ke Pelabuhan Ashdod, di mana proses pemindahan akan dimulakan.

“Mereka akan dihantar pulang ke Eropah,” menurut laporan itu.