SABAH MEMILIH: Penglibatan Sukan e-Sports Di Kalangan Belia Harus Disokong – Shahelmey

SABAH MEMILIH: Penglibatan Sukan e-Sports Di Kalangan Belia Harus Disokong – Shahelmey

0
SHARE

PUTATAN, SABAH – Penglibatan sukan e-Sports di kalangan belia harus disokong sepenuhnya dalam usaha melahirkan ramai bakat muda dan belia di daerah ini.

Bagi calon Barisan Nasional (BN) untuk DUN N.24 Tanjung Keramat, Ir Shahelmey Yahya berkata sudah sampai waktunya golongan belia yang meminati bidang ini dibimbing secara tuntas dan berterusan.

Tambah beliau, dengan ada medium permainan ‘mobile gaming’ ini seperti PUBG, Call of Duty, FIFA Online serta lain-lain mampu memberikan impak positif kepada golongan berkenaan dan dapat mengelakkan para beliau daripada terjebak dengan masalah sosial yang lain.

“Dengan adanya medium seperti ini, saya berharap anak muda mampu memanfaatkan pembabitan e-Sports untuk menempatkan diri mereka ke peringkat lebih tinggi lagi di masa hadapan.

“Seperti di DUN Tanjung Keramat ini, saya percaya golongan belia amat meminati permainan mobile online seperti PUBG yang dirasakan boleh diperkembangkan,” katanya beliau selepas merasmikan acara PUBG Mobile Online Tournaments oleh Persatuan Belia Kampung Kampung Sri Pandan, Putatan, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu adalah Penyelaras DUN Tanjung Keramat untuk PAS, Yusrizal Anuar.

Shahelmy ditemui para media selepas merasmikan acara PUBG Mobile Online Tournaments oleh Persatuan Belia Kampung Kampung Sri Pandan, Putatan, hari ini.. Turut hadir adalah Penyelaras DUN Tanjung Keramat untuk PAS, Yusrizal Anuar…