Axia Dipandu Wanita Terjunam Dalam Longkang Jalan Lintas

Axia Dipandu Wanita Terjunam Dalam Longkang Jalan Lintas

0
SHARE
Bomba
Pasukan bomba memeriksa kawasan kemalangan dengan kenderaan mangsa dalam keadaan tenggelam ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang wanita selamat tanda mengalami kecederaan serius setelah Perodua Myvi yang dipandunya terjunam ke dalam longkang berhampiran Lintas Plaza di Jalan Lintas kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Sepasukan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lintas hanya bertindak membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada keberbahayaan lain di lokasi.

“Terdapat seorang mangsa wanita telah keluar sendiri dari kenderaan sebelum pasukan bomba tiba dilokasi.

“Maklumat mangsa tidak diperolehi dan operasi ditamatkan pada jam 8.20 pagi,” kata seorang jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah dalam sebuah kenyataan.