PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 6,075 KES baharu positif harian hari ini yang mana adalah tertinggi pernah dilaporkan sejak pandemik COVID-19 melanda negara, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysia di Facebook rasmi KKM.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 485,496 KES.
Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 2,251 KES dan diikuti JOHOR sebanyak 699 KES dan KUALA LUMPUR sebanyak 660 KES.
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;
