Belakang Warga Emas Melecur Dalam Kebakaran

Belakang Warga Emas Melecur Dalam Kebakaran

0
SHARE

KOTA BELUD, SABAH – Seorang wanita berumur 65 tahun melecur di bahagian belakang tubuhnya ketika cuba menyelamatkan diri daripada kebakaran rumah di Kg. Narinang sini.

Insiden 10 pagi tadi berhampiran SK Narinang itu melihat mangsa, Dolim Parantis, diberikan rawatan awal dan seterusnya dihantar ke Hospital menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata rumah berkenaan merupakan jenis tidak kekal, 2 tingkat berukuran 30×30 kaki yang musnah sepenuhnya.

“Turut musnah ialah dua buah motorsikal dan sebuah mini traktor…

“Pasukan bertindak memadam kebakaran menggunakan 1 aliran, 2 pancutan 300 kaki sumber air daripada tangki jentera dan air terbuka sungai berhampiran,” katanya.

Situasi berjaya dikawal pada jam 11.33 pagi.