Polis Buru Penyeluk Saku Kota Marudu Belanja Sakan Duit Haram

Polis Buru Penyeluk Saku Kota Marudu Belanja Sakan Duit Haram

0
SHARE
Ipd
Suspek (kiri) mengalih perhatian mangsa sambil menyeluk beg mangsa ( Sumber Foto: Ihsan IPD Kota Marudu )

KOTA MARUDU, SABAH – Polis daerah ini sedang giat mengesan seorang suspek wanita berhubung kejadian penyeluk saku di sebuah restoran, sini, pada Sabtu (20 Julai) lalu.

Perubuatan wanita yang dipercayai berusia 40-an tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang tular sejak Jumaat.

Anak mangsa menyiarkan resit dan bukti pembayaran yang dibuat suspek menggunakan kad bank mangsa pada hari berikutnya di laman Facebook.

Dakwanya, kad bank ibunya telah digunakan untuk pembelian berjumlah lebih RM900 di beberapa kedai bersertakan wang tunai yang dicuri bernilai lebih kurang RM1,800.

Ketua Polis Daerah Supt Zairolnizal Ishak berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada malam 20 Julai lalu.

Katanya usaha bagi mengesan suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.