Jepun Tangguh Pemberian 1.63 Juta Dos Vaksin Moderna

Jepun Tangguh Pemberian 1.63 Juta Dos Vaksin Moderna

0
SHARE
Vaksin Moderna (MRNA.O) COVID-19...

TOKY, JEPUN – Jepun menangguhkan pemberian 1.63 juta dos vaksin Moderna kepada penduduknya ekoran penemuan benda asing ditemui dalam segelintir botol vaksin.

Kementerian Kesihatan Jepun pada Khamis berkata setakat ini 39 botol dijumpai tercemar dengan element yang belum dikenal pasti itu.

Sumber Reuters berkata kementerian terbabit mula mendapat laporan sejak 16 Ogos lalu dari LAPAN (8) pusat pemberian vaksin di wilayah berasingan.

Syarikat Takeda Pharmaceutical yang bertanggungjawab ke atas penjualan vaksin itu berkata pihak mereka sedang menunggu siasatan berkaitan keselamatan penggunaannya sekali gus mengenal pasti benda asing tersebut.

Takeda menggesa syarikat penghasil Amerika Syarikat terbabit menjalankan siasatan lanjut disamping menghentikan semua penggunaan Moderna.

Vaksin tersebut telah pun sampai ke 863 pusat vaksin seluruh negara Jepun.

Kes COVID-19 di negara Jepun mula melonjak sejak varian Delta turut menular di kebanyakkan negeri.

Kerajaannya memberikan lebih 10 juta dos Moderna kepada penduduknya bermula Mei dan baru sahaja menandatangani perjanjian pembelian untuk bekalan 50 juta dos lagi pada September.

Bagi Jepun, penduduk yang berusia 12 tahun ke atas layak divaksin.

Moderna seperti BioNTech-Pfizer menggunakan teknologi perubatan (RNA atau mRNA) yang juga dipanggil sebagai jenis “penghantar maklumat” (messenger).