Tiada Pengumuman Dibuat Oleh PM Berhubung Barisan Kabinet Baharu Hari Ini –...

Tiada Pengumuman Dibuat Oleh PM Berhubung Barisan Kabinet Baharu Hari Ini – PMO

0
SHARE

PETALING JAYA – “Tiada pengumuman dibuat oleh YAB PM hari ini,” komen ringkas Pejabat Perdana Menteri (PMO) Datuk Seri Ismail Sabri kepada media.

Sudah menjadi spekulasi di kalangan orang ramai bahawa Ismail akan mengumumkan barisan Kabinet baharu selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdul Aziz di Kuantan pagi tadi.

Sesi selama 90 minit itu untuk menyembah maklum senarai nama yang menganggotai Kabinet beliau.

Ia adalah sesi mengadap Agong buat kali kedua bagi Ismail sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-9 di Istana Negara Sabtu lalu.

Bagaimanapun, tumpuan kini adalah terhadap jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Pilihan Ismail bagi dua jawatan tersebut akan menunjukkan sama ada beliau akan tunduk kepada tekanan pemimpin Umno yang bersekutu dengan Datuk Seri Najib Razak, bekas perdana menteri yang giat berkempen untuk menggulingkan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika negara dilanda pandemik,” menurut sumber.