NGO Bantah Program Di Hakka Hall, Laporan Polis Dibuat

NGO Bantah Program Di Hakka Hall, Laporan Polis Dibuat

0
SHARE

TUARAN – Pertubuhan Amal Semangat Rumpun Sabah (ASR) membuat laporan polis bagi membantah penganjuran program ‘Israel & New Breed Til The Whole World Knows Tour 2026’ yang dijadualkan berlangsung di Hakka Hall, Kota Kinabalu, pada 22 Oktober depan.

Laporan di Balai Polis Tuaran itu dibuat oleh Muhamad Rafly Karim selaku wakil pertubuhan berkenaan.

Berdasarkan salinan laporan tersebut, ASR memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa berkaitan menyemak penganjuran program itu serta mempertimbangkan pembatalannya demi menjaga keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam.

Dalam perkembangan berkaitan, Bernama pada 28 September melaporkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, mengesahkan pihaknya menerima dua laporan berhubung acara tersebut setakat kenyataan itu dibuat.

Menurut beliau, polis akan meneruskan pemantauan serta mendapatkan keterangan daripada pihak berkaitan.

Jauteh turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri difahamkan belum menerima permohonan rasmi daripada penganjur walaupun acara itu sudah dipromosikan.

Beliau berkata, polis akan menasihati kerajaan negeri supaya penganjuran ditangguhkan buat masa ini sekiranya permohonan rasmi dikemukakan.