Kanak-Kanak Lelaki Berusia 2 Tahun Ditemui Lemas Di Sungai Belakang Rumah

Kanak-Kanak Lelaki Berusia 2 Tahun Ditemui Lemas Di Sungai Belakang Rumah

0
SHARE
Mayat mangsa kanak-kanak lelaki 2 tahun ditemui orang awam di sungai Kampung Zon Kumaraling Tambunan...(Sumber Foto: Ihsan Bomba Sabah)

TAMBUNAN, SABAH – Seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun ditemui lemas di sungai Kampung Zon Kumaraling di belakang rumahnya hari ini.

Hanya selipar mangsa di tepi sungai menjadi petunjuk ketika ibu kepada Mohammad Syaril yang menyedari kehilangannya pada jam 6 petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata operasi mencari dan menyelamat diteruskan sehingga dijumpa oleh orang awam pada 10.05 pagi tadi.

“Mayat mangsa dijumpai kira-kira 3 kilometer dari lokasi dilaporkan hilang. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia…

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11 pagi,” katanya.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat diteruskan bagi seorang lelaki dewasa yang turut dikhuatiri lemas di Kapung Lubuk Weston Tanjung di Beaufort.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada jam 8.22 pagi tadi.

VIDEO misi pencarian diteruskan bagi seorang nelayan di Lubuk Weston Tanjung di Beaufort…(Sumber: Ihsan Bomba Sabah)

“Kami menerima maklumat tentang terdapat seorang lelaki dewasa dikhuatiri hilang semasa membuat aktiviti menangkap ikan di kawasan muara sungai…

“Pasukan Bomba bergegas ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat dan mejalankan operasi,” katanya sambil menambah usaha pencarian masih diteruskan.